Wednesday, December 22, 2010

First Step

Hari ni ke HKB untuk xray gigi. Sebelum pakai braces kenalah gi xray dulu kan. Gila takot ntah hape hape. Sebab dalam mind dok pikir nanti tiba-tiba benda tuh detect saya ada penyakit kronik. Huhuhu.. Konon-konon nak keluar rumah jam 9.00 am tapi disebabkan saya yang agak ngeri dengan menda alah xray tu dengan sengaja melengah-lengahkan waktu. So, keluar rumah jam 10.30 am. Sampai je HKB ramai betol manusia and mesti la nak kena berebut cari parking. Tapi tengah dok ronda-ronda terjumpa parking. Alhamdulillah.

Tempat nak xray masa saya pergi memang takde orang langsung. Nasib baik. Lepas tu masuk bilik then cakap kat kakak and abang yang handle xray tu bahawasanya saya takot dengan benda tuh. HAHAHA! Mereka gelak cis cis! Mulalah saya potpet sambil mereka tersengeh-sengeh. Korang memang cool, rasa nak g jumpa korang hari-hari. Heh! Bila dah settle, tunggu sekejap untuk ambil gambar yang xray tuh.

Then terus ke klinik Dr. Partap dan sekali lagi orang sangat ramai tapi nasib baik ada parking dekat dengan klinik. Lalu, jumpa doc and buat appointment untuk step yang seterusnya. *Scalling* (sila berpura-pura ngeri).

Sebelum semua kejadian di atas tadi berlaku, saya berdoa mintak pada Allah supaya dipermudahkan segalanya. Sebab memang tak senang duduk dok terbayang je doc cabut gigi. Dan Alhamdulillah Allah betul-betul tolong hamba Dia yang tak putus-putus meminta ni. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Monday, December 13, 2010

Kesedaran....

Fathiah Athirah was so sweet just now. Syiok betol dia nasihat dan doakan saya. "Semoga lepah ni kakak tok keliru doh. Semoga bulih hok baek-baek. Saye kakak. Boleh buat kakak bahagia". Sweet gila! Thanks Tia. Even dia lagi muda dari saya, kadang-kadang dia sangat matang. Kadang-kadang? Ya! Haha..

Takde yang lebih best bila orang disekeliling kita mendoakan kesejahteraan hidup kita kan dan doakan kita dipertemukan jodoh dengan orang yang sempurna. Memang takde yang sempurna tapi orang yang nak hidup sampai akhir hayat dengan kita kenalah kita pilih yang betul-betul sempurna kan kan kan. Saya nak lelaki soleh so dia boleh la bimbing saya yang tak seberapa ni sob sob.

Saya yang sentiasa keliru dengan identiti (eh apehal nak kaitkan dengan identiti pulak!) ok keliru dengan sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan, sentiasa mendapat nasihat dari Kak Ma, Kak Mira, Kak Dayah, Dayah, Zul Adha, Tia, and Kak Long.. Semua orang sekeliling dah jadi macam pakar motivasi pulak! Tapi nasihat diaorang cam lebih kepada lelaki dalam jiwa saya. (Tiba-tiba rasa blur cam tak tahu apa motif cerita ini semua.) Kak Long punya nasihat lagi best! Boleh rujuk beliau ye kalau sesape nak khidmat kaunseling percuma.

TAPI!! Saya akan sentiasa ingat pesan ummi. Ummi kata kalau nak cari lelaki untuk dijadikan bakal suami, carilah yang betol-betol sayangkan Allah. Sebab kalau dia tak sayangkan Allah, macam mana dia nak sayangkan kita kan. Ummi nak menantu dia soleh, pandai mengaji cecece siap taranum kot hahaha, dan ikut segala tuntutan agama.



p/s: Zue Hamid kata: 'Ja, jange kecek hal heartbroken dengan ore hok gagal dale percintaan sepertiku'. Hahaha. I love you.

Sunday, December 12, 2010

Holiday!!

No!! This is not a holiday. Memang la dah cuti tapi saya masih lagi tersadai di rumah. Heh. Memang bahagia. Tapi pedih ulu hati bila kawan-kawan lepak KL. Jeles tahu tak korang???!! Tapi even tersadai, since cuti memang tak lekat kat rumah lagi. Ade je tempat nak pergi meronda dengan emak.

Ouh, semalam ke rumah Kak Long. Ada 6 buah buku Harry Potter (orang panggil buku ke? ke kitab? ke novel Harry Potter? eh abaikan!) untuk saya khatam lagi sekali. Dan juga sebuku novel eh silap, sebuah novel dan juga sebuah buku petua!! Dah pandai nak guna kata ganda berirama or what so ever contoh "sebuah" buku, "sekuntum" bunga.. Abaikan apa yang saya melalut. Saya suka buku petua yang Kak Long bagi pinjam sebab teringin nak cuba semuaaaaa petua yang ada even saya rasa malas nak buat hahahaha! 

Nanti nak keluar dengan Kak Long untuk bawak budak-budak merangkap sepupu main bowling. Lepas tu meronda ngan Kak Long pergi jelajah Kelantan cari makanan best even Kak Long cakap dia tengah diet tapi who cares kan hahahaha gelak lagi.

Friday, November 19, 2010

Eid ul-Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Seperti yang kita tahu, Aidil Adha adalah satu tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah swt. 

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Raya saya tahun ni tak meriah sangat sebab sepupu-sepupu kesayangan tak balik aaa sampai hati korang!! Maka saya rasa diri ini terbengkalai keseorangan. Macam la ada 2 orang sepupu je.. Huh! Saya beraya kat rumah Kak Long yang tidak pulang ke kampung halaman. Kebetulan ada aqiqah anak saudara Kak Long sebab tu saya pergi. Eh macam tu pulak. 

Sepatutnya waktu sembelih lembu adalah di awal pagi tapi memandangkan lembu yang comel itu menjadi rakus maka disembelih ia ketika matahari memancar dalam lingkungan jam 10am. Boleh tak tetiba nak sembelih, encik lembu melarikan diri hadoiii kesian ada sorang pak cik tu kena tendang kat dada.



Tengok duri-duri kat pokok dragon fruit tu suka sangat cucuk-cucuk orang!


Pak cik!! Terima kasih sebab sponsor untuk Amal Ramadhan even duit lambat diterima.


Memerlukan tenaga manusia yang ramai untuk tumbangkan seekor lembu.


Siap duduk atas lembu lagi tak baik tauuuu pak cik!


Budak Amirul yang demam nak nangis je keje dia.


Golongan ibu kena potong bawang.


Saya sedang menyangkul di dalam kuali. *menyampah gila tengok gambar ni sebab baju sama yang saya pakai masa seminar pelajar & kerjaya tu nampak sangat macam takde baju* Hehh!!


Macam gadis melayu ok next year nak join Gadis Melayu.  Ahahaha!


Melapah lembu..


p/s: Entri ini khas untuk Kak Long and Salman yang beraya di perantauan. Lagi best baca bila disulami dengan lagu Dendang Perantau.

Friday, November 5, 2010

Kegeraman Saya

Hehehehe.. Saya ingin sekali malah berkali-kali juga ingin menyenaraikan kegeraman saya terhadap sesuatu. GERAM!! Kita akan geram bila ........

1.  Ada kawan atau orang sekeliling yang tipu saya. Saya anti penipu. Jangan kau sesekali tipu saya yang naif ini. Heh! Kau pikir kau akan bahagia bila menipu?

2.  Geram dengan lecturer. Hamboih kau mengada nak geram dengan orang yang bagi kau ilmu. Tapi geram bersebab la bukan sesaja cam eh hari ni rasa nak geram dengan lecturer lah. Bukan macam tu ok.

3.  Ada makhlok langgar side mirror kereta emak saya pastu side mirror dia patah then bila saya kejar dia lari. Saya pulak cam cuak ingatkan side mirror saya yang patah rupa-rupanya dia punya. Buat penat je saya kejar. Malu den!

4.  Line internet lembab gila gila bila kita ada kerja yang sangat penting nak buat. Masa tu la encik internet nak slow sehinggakan saya rasa bagai melukut di tepi gantang. Eh?!

5. Geram dengan diri saya bila ada assignment yang kena buat pas tu kena present lusa tapi saya boleh buat tak tahu dan menulis blog dan menyenaraikan kegeraman saya dan saya sangat serabut kusut sekarang. Haha. Saya rasa nak cekik cekik je Encik Assignment. Meh sini kau!

*Saya blur. Itu sahaja yang mampu saya senaraikan. Tengok ayat dah skema bagai. Now  rasa nak menelaah pelajaran eh bukan, nak pergi buat assingment KOT.*

Monday, November 1, 2010

Seminar Pelajar dan Kerjaya

Sabtu lepas, perlu ke bagi tahu date eh tak payah tak kuasa ok. Ok, Sabtu lepas pergi seminar yang ade Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (gila best eja nama cam berbelit terbelit pankreas) kat KTC. Bukan pergi sebab dia ada ok tapi pergi sebab sijil mahal gila. Haha!

Ramai yang pergi sumpah ramai tapi budak sekolah lah termasuk cikgu pengiring kebanyakkannya kaunselor. Bila dah sampai, first time masuk dewan, besar sangat. Semangat pergi depan sekali untuk cari tempat duduk sebab setiap kerusi dah disenaraikan nama sekolah. So, masa tu saya, Kak Mira and Dayah bajet kami dari unibersiti maka tempat akan special maka pergi depannnnn untuk cari tempat. Cari punya cari tak jumpa then tanya sorang kakak tu mana tempat untuk UNITAR?? Sekali kakak tu bawak pergi belakanggg sekali paham tak belakang sekali sumpah nanti tak nampak makhluk yang akan berdiri atas stage nanti.

Tak boleh la macam tu sebab kami bayar harga sama cam kaunselor and cikgu tapi tempat mereka depan sekali tapi kami punya dia campak belakang. Kau kenapa hah??! Students tak pe lah diaorang bayar murah sikit. So, tak puas hati la kan then Kak Mira protes cakap nak duduk depan. Nasib baik boleh maka dengan senang hati cat walk pergi ke hadapan. Muka sorang sorang cam bangga. Ceh!

Lepas tu masa lunch, sebab bayar mahal kan so makan sekali dengan VIP, pengetua and counselor. VIP salah seorang ialahhhh DDSMS. Gila gempak. Tapi tak tangkap gambar sebab kalangan kami cam sombong heh apehal nak ambik gambar ngan beliau tapi lepas tu menyesal gila tak dapat tido malam penyesalan membawa padah berhati-hati di jalan raya. Cam rugi la sebab orang lain cam kena rasuk nak bergambar tapi kami boleh buat muka poyo pulak. Padan muka kau!



Salah seorang penceramah.

Motif nak suruh nampak nama unibersiti.


Gumbira betol kanak-kanak sekolah.


Masa mula-mula sampai bajet nak test camera. Heh!


KACAK!! Hahaha.. (mari pengsan!)


Siap pergi dekat dengan budak yang tanya soalan.


Serbuuuu!!


Mereka.


Muka lapar kebulur tapi pura-pura sopan sebab makan sekali dengan pengetua.


Saya lupa nama dia.


Sebelah saya tu Dr. Christopher Hill.


Pulang ayuh!


All of us...



Tuesday, October 19, 2010

Amal Ramadhan: Iftar With Anak Yatim

Bila tengok tajuk entri pasal Ramadhan, rasa macam dah berkurun lamanya kan cerita ni. Biasalah saya berpura-pura sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar konon konon kan. Tapi walau apa pon yang berlaku, Ramadhan tetap dalam ingatan saya sepanjang tahun.

Ramadhan hari tu diisi dengan majlis berbuka puasa dengan anak yatim. Bila dah buat majlis sebegini, semua orang sibuk gila pergi kutip sponsor, beli barang-barang, pergi situ pergi sini dalam bulan puasa pas tu haus pas tu lapar pas tu mulalah segala kesabaran hilang rasa cam nak marah semua orang. haha! Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tapi lupa nak usap kepala anak yatim..

Malas nak buat essay panjang lebar macam surat kiriman tidak rasmi, saya persembahkan (gila skema siap nak persembahkan bagai) beberapa keping gambar untuk tontonan umum semua lapisan masyarakat setempat.


Sambil tunggu tetamu sempat lagi posing. Ish!


Tu dia Zul Adha our project director. 


Kak Mira baru sampai.


Tetamu VIP kami, Batuta Travel & Tours.


Separuh daripada tetamu yang hadir.


Adik-adik dapat sumbangan.



Bila dah habis majlis.



Aww my kesayangans. Tapi Kak Mira takde. Rugi. Sape suruh balik awal kakak!


Selamba naik stage posing. Korang memang!


My Dayah love you forever.


The Kesayangans. 



Arifah coomeeellll sangat!! Senyuman ikhlas.



Arifah with Aunty Dayah. I love you aunty!


*Kenapa semua gambar berkaitan dengan ke-posing-an kami? Kenapa gambar anak-anak yatim ada sikit je??!! Hehehehe..




Friday, September 24, 2010

Sekapur Sireh

Salam.

Hamboii tajuk entri sekapur sireh bagai. Selamat datang ke dunia blog, wahai Hajar. Dah kau begitu teruja ingin mempunyai blog sendiri, mari kita lihat bersama sejauh mana kau rajin update blog.

Dear friends, sila jadi follower saya. Saya tahu anda semua telah dipaksa, tapi semua sila redha boleh tak? Haha!

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template