Friday, August 26, 2011

Little Khalifah

Tadi pergi tengok anak sedara merangkap anak sahabat baik kat unitar. Tak sangka Kak Mira dah jadi mak. Janji ngan Kak Ma dan Zul pukul 10 tapi janji melayu la. Haha. Kak Ma turun dari rumah nenek pergi ambik Kak Chik. Memasing ada driver. Kelasssss kau jah! Pak cik Zul pukul 10.15 am baru datang ambik saya. Ouh dia harus ambik befday girl jangan nak jadi durhaka. Apa yang befday girl katakan haruslah dia layan tapi dalam hati sah-sah la dah meroyan nak tenyeh haku kan Zul.

Kak Mira bersalin 22hb Ogos 2011 hari tuh. Lorat la kau dik. Takleh ke tunggu sat sampai 25 Ogos nanti boleh celebrate birthday sesama. Hamboihh.


Masa Kak Mira kawin. Masa ni baru je nak kenal-kenal kakak. Eh tapi lupa pulak tahun bila kakak kawin. Okay amnesia!


Birthday kakak yang ke 25. 25 ke kak? Ye la kot. Masa ni baby dalam perut ntah brape bulan. Suka cucuk-cucuk perut Kak Mira. Hahaha keji betol prangai.


Hello guys. I'm Mikram Zuhayr bin Muhammad Zuhri.
Paham tak comelllll gilaaa ini budak. Pure and innocent je kan. Ya, semua baby cenggitu. Aunty-aunty semua dah gerraaammmm. Tapi Uncle Zul awak tu rilex je takde perasaan!


Makcik kau pandai pegang baby okay. Dah macam baby mainan. Culik bawak balik rumah kang.


Aunty Mahirah gojessss. Yang ni dah punyai ramai anak sedara so perasaan Kak Ma cenggitu je. Hahaha. Ouh gamba Kak Chik ngan baby MZ takde la pulak. Kesiann. Sorry Kak Chik. Hehe.


Semoga jadi anak yang soleh, taat pada kedua ibu bapa dan berjuang kerana Islam.


Kak Ma berpura-pura bertatasusila.


3 of us.

**Bila Aunty Dayah nak datang tengok Mikram? Mama suruh bagi hadiah baik punyaaaaa..**




Thursday, August 25, 2011

Happy birthday to me!

Memang tak malu nak wish befday sendiri. Dan sebelum terlupa, terima kasih pada semua kawan-kawan, sahabat-sahabat yang sudi wish befday. Semoga Allah melindungi kita semua, tetapkan diri kita dalam keimanan dan meredhai kita semua insyaAllah, amin.




Dan aku memohon kepada-Mu Ya Allah, agar Engkau menjadikan sebaik-baik umurku dan umur orang di sekelilingku sehingga ke akhirnya, sebaik-baik amal pada penutupnya dan sebaik-baik hari kami adalah saat untuk kami bertemu dengan-Mu Ya Allah.


Himpunkan kami di akhirat nanti bersama keluarga dan sahabat nabi junjungan. Wahai Allah yang memperkenankan segala permintaan. InsyaAllah. Amiin.


Barakallah fi umrina.





Sunday, August 21, 2011

KELCHEFF 2011

KELCHEFF yang merujuk kepada Kelantan Cheng Ho International Food Festival (hamboihh panjangnye nama awak!) berlangsung pada 14 Julai - 23 Julai 2011 iaitu beberapa bulan yang lalu. Baru  makcik kau teringat nak hapdet.

KELCHEFF ni dah nama pon food festival makanya nampak sangat la festival ini berkaitan dengan makanan kaaannn. Ada banyak jenis makanan dan minuman dari negara China, Thailand, Kemboja, Palestine pas tu ntah ada lagi kot beberapa negara. Tak ingat! Ada jugak dari Pulau Pinang. Maknanya bukan makanan dari luar negara je.

Saya pulak semangat wujud dalam KELCHEFF itu sebagai seorang volunteer under Green-V atau Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan yang berpengkalan di bawah kerajaan negeri Kelantan. Eh ye ke? Ntah. Tak Sure. Hihihi. Dan seharusnya saya tidak akan wujud berseorangan sebab haruslah disertai dengan sahabat-sahabat tersayang. Sah-sahlah Kak Ma dan Dayah. Kalau sorang, tidak mungkin wujud Hajar di situ. Tia, Pah and Afwa pon wujud. Tia ngan Afwa mestilah wujud. Orang penting okayy. Segan mak cik!

Seramai 400 orang volunteers diperlukan sepanjang festival tu berlangsung. 400 ke 350 tu tak sure la pulak sebab tak kuasa nak bilang sorang-sorang. Okayy alasan! Padahal kau malas nak ambik tahu. Setiap volunteer akan dibahagikan mengikut portfolio masing-masing. Ada Charlie Charlie (Chief Coordinator, itu portfolio saya dan sahabat-sahabat tercinta. Orang kata air dicincang tidak akan putus.), Papa Romeo (Public Relation, Papa Tango (Penyambut Tetamu), Charlie Tango (Chinese Translator), Kilo Kilo (Keselamatan dan Kesihatan kot. Maafkan mak cik jika kesalahan berlaku), Papa Lima ( okay ini saya tak tahu papa lima merujuk kepada apakah). Apa lagi ehh? Banyak sangat kot. Ouh lagi satu, E1 (penjana ekonomi masyarakat Green-V eh bukan. Dia orang akan tolong untuk menjana pendapatan menampung segala perbelanjaan. Perbelanjaan apa saya tidak pasti.)




Hakka yes! Semangat la uncle. Seronok.



Ikrar. Bahawasanya kami sukarelawan bla bla bla.



Ini pengkalan kami sebelum musnah ditelan banjir. Seronok bila banjir dalam gile sampai buku lali. Hek eleh buku lali je pon. Ni tempat volunteers check in dan check out. 


Briefing dari ketua portfolio. Ketua mestilah yang besau ditengah-tengah itu. Hahaha. Terkutuk pulak dah! Takpe, dia tak tahu menahu pon.


Ini kerja Papa Tango.



Makcik takde kerja dok bergosip. Nyampah!


Tengah duduk-duduk tetiba muncul makanan free. Dah dapat satu, mintak lagi. Eii tak malu!


Gedik nak masuk telebisen. 




Kilo-Kilo



Ini kerja E1. Jual air cari rezeki penjana ekonomi ummah masyarakat.


Ramainya orangggggg!!

p/s: Sumber gambar saya rompak dari Pah dan Tia selaku unit media. *belum mintak izin lagi nih. sob.* Terima kasih daun ketupat di hari raya. Lain kali saya rompak lagi. Hehe.



Saturday, August 20, 2011

Laylat al-Qadr

Laylat al-Qadr (Arabicلیلة القدر‎) (also known as Shab-e-Qadr), the Night of DestinyNight of PowerNight of Value, the Night of Decree orNight of Measures, is the anniversary of two very important dates in Islam that occurred in the month of Ramadan. It is the anniversary of the night Muslims believe the first verses of the Qur'an were revealed to the Islamic Prophet, Muhammad swt. *hahhh ayat omputeh ini keje wiki*


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t:


Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (semua ini ehsan dari Encik Google)











Friday, August 19, 2011

Rombongan Kami.

Kejadian ni dah berbulan-bulan. Tapi tetap nak update untuk kenangan di hari tua kelak. Senang bila anak cucu tanya cemana rupanya orang Indonesia punya majlis pertunangan, suruh je dia rujuk blog nenek mereka. Ehh? Okay berbalik kepada kisah tersebut. Awal bulan 6 hari tu kalau tak silap, saya ke Bandung lagi. Kali ni dengan rombongan Cik Kiah sebabnya ada majlis pertunangan Hakeem, sepupu saya dengan Upi (tunang Hakeem dan nama penuh dia saya lupa!).

Di Bandung, stay kat Otten Ville lagi sekali sebab dekat dengan rumah sewa Hakeem. Keesokkan harinya, pepagi lagi dah bertolak ke Bogor. Ohh Bogor tu tempat tinggal Upi. Lepas breakfast, bertolak dengan bas ke Bogor. Bas kecik je boleh muat dalam 25 orang tapi selesa. Kawan-kawan Hakeem pon ikut tapi dia orang naik kereta. Dari Bandung ke Bogor dalam 2 jam kalau ikut highway. Tapi bila nak balik Bandung balik, pak cik bas tu lalu Puncak. Puncak tu macam Cameron Highlands. 5 jam kau! Semua dah bising sebab lambat sampai. Jammed pulak tu sebab hari minggu.

Bila dah sampai, dia orang jemput tetamu masuk. Semua beratur kat luar, salam nga kita orang. Emcee (siap ada emcee skali okeh!) siap keluar jemput kita orang lagii. Masa tu semua ada dalam bas tak reti-reti nak turun. Pas tu masuk rumah, emcee mulakan tugas, ada bacaan ayat suci Al-Quran sebagai permulaan majlis skali ngan terjemahan. Pas tu baru ucapan dari wakil emak ayah pengantin pompuan. *banyak betol pas tu*



Dah sampaiiiiiii.. Semua dok betulkan urat saraf.


Tukar baju dalam bas.




Perasan tak baju hitam pegang mic? Emcee untuk majlis hari tuh. Siap emcee bagai. Cool!


Kaum kerabat sedara mara belah pompuan.








Mak ngan ayah Upi.


Ni belah lelaki.


Emcee kelakar. Saya paham sikit-sikit je ape yang dia dok pot pet.




Ni belah pompuan.


Masuk bilik, sarung cincin.


Penyerahan barang hantaran. Dah nampak macam nak kasi hadiah pada pemenang dah. Hehehe.


Bila dah selesai, masa untuk makannnn. Semua dah lapar gilos. Gambar makanan takde sebab tak sempat nak snap. Tapi makanan agak sedap jugak.


Makanan pencoci mulut kat luar rumah.














Comel gilos!






Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template