Saturday, October 20, 2012

Sasasasahabat seperjuangan!


Once the Prophet Mohammad (pbuh) was asked, 
"What person can be the best friend?" "He who helps 
you remember Allah (SWT), and reminds you when you 
forget Him," the Prophet Mohammad (pbuh), counseled.

Prophet Mohammad (pbuh) was further asked, 
"Who is the best among people?" Prophet Mohammad (pbuh) 
replied, "He who, when you look at him, you remember 
Allah (SWT)". Such a friend reflects qualities of love, mercy, 
honesty, service, patience, optimism, professionalism, 
and the entire lifestyle taught by Islam.

Imam Ali (as) Says: "Friendship transfers a stranger 
into a relative."


Mukaddimah kemain lagi kaaannn. Since dah habis belajar ni, aku rasa rindu zaman dolu-dolu. Zaman 3 tahun lepas masa mula-mula aku masuk unitar. Dah masuk tu bersahabat la dengan sahabat-sahabat aku sekarang ni. Tapi course kiterang lain-lain. Dia orang kauseling aku sorang je language and literature. Masa mula-mula belajar dulu, semua bujang lagi but now dah punyai anak sendiri dah 2 orang sahabat aku.

Memana aku pergi, memang akan ada sahabat-sahabat itu. Aku kan kadang takleh sorang diri. Hehehe manjew!


Very the suci muka seko-seko. Hahaha.. Macam kanak-kanak. Yang jantanz itu Zul, sebelah aku tu Afwa. Masa ni birthday Kak Mira. 2 tahun lepas kot gambar ni.


Kursus kerjaya. Cukup 5 orang. Kak Mira kadang selalu tak wujud bila kiterang gi meronggeng. Busy makcik tu sebab ada somi.


Masa sukan unitar 2010. Selalunya aku ngan makhluk 2 orang ni la selalu keluar sesame sebab lagi 2 makhluk kan dah kawen. Hehe.



Yang tudung itam tu Kak Sarah. Jarang jumpa sebab Kak Sarah busy jaga anak 2 orang.






Kadang kumpul ramai-ramai gi lepak kat tempat best yang bila mana kita berada di situ, akan kuranglah wang simpanan masing-masing terutama sekali bagi kami yang bujang ini sobs.


Zul dulu dan skarang jauh berbeza okayyy. Haha. Ko nampak tak beza gambar atas ngan gambar ni? Aku suka gile gaduh ngan mangkuk ni eii geram tau tak. Kadang dia sengaja carik gaduh ngan aku. Dulu masa dia selekeh and naik motor g unitar, dia rapat ngan kiterang. Tapi bila masa dah berlalu, bila dia rasa dia dah stylo sikit, bila dia dah ada kereta sendiri, sikitttt pon dia tak pandang kiterang dahhh. Keji nak mampoih prangai hahaha.


Kau tengokkk.. Mak hayammm sangat! Nanti kalau dia carik gaduh ngan aku lagi skali, aku nak buat 1 entry khas carut dia disertakan ngan gambar yang dia tak akan sanggup nak tengok. HAHAHHA!




Latest gambar masa raya hari tu. Berpeluh-peluh nak g raya rumah Kak Sarah oiii jauh nyeeee.. 

Moga ukhwah ni sampai bila-bila ye sahabat-sahabat sekalian. :)


Tuesday, October 16, 2012

R.O.S

Bila dah habis practicum 3 bulan, kena g ROS pulak. ROS tu Rancangan Orientasi Sekolah (kalau tak silap hehe). Kena pegi sekolah rendah pastu kena tengok cara pembelajaran segala bagai pastu kena buat report. Bermula la episod pengembaraan kami berenam ke sekolah rendah. Tapi seminggu je. 


Bila dah sampai sekolah, terus gi lapor diri kat office. Hari tu pulak hari Ahad so ada perhimpunan. 


Alahai kanak-kanak.


Hari tu pulak ada perasmian sempena Bulan Sains ke apa ntah. So ada robot. Haha. Kelakar. Kesian budak tu nak jalan punya la susah.


Budak-budak pra buat persembahan. Alaaa comel taw.


Hahaha pebenda tuuu.. Gaya katak kot.


Bila dah takde nak buat apa kat skolah, kita orang kena relief untuk PJK. Mari lah anak-anak. Kita bersukan jom!


Haaaa kan! Cikgu lagi hoverrrr.


Sekolah ni ada pendidikan khas jugak. Yang budak tu dia takleh cakap. Manja je. Aku ajak amek gambar sesama sekali pappp dia letak tangan dia kat bahu aku. Hahaha. Tanjat mak! Pastu berebut bola ngan aku.


PJ untuk budak-budak pendidikan khas. Mula-mula cikgu bagi tunjuk ajar. Cikgu pulak kelakar okayy!



Pastu cikgu dia panggil aku ngan Izni untuk tunjuk kat budak-budak tu. Hahaha siyess seram sejuk aku. Kang aku baling tak masuk mau aku sentap ngan semua orang. Eh apahal!


Hahhh elok la korang.


Cam poyo je kan. Hahaha.


Lepak sat kat perpustakaan.

Saturday, October 6, 2012

Barang Yang Lepas Perlu Dikenang Part 2

Aku punyalah garang nak mampos kat sekolah hahaha nasib kau la duhai pelajar dapat teacher macam aku. Kalau tak garang kang kau buli aku. Sobs. Lebih baik aku jadi rimau awal-awal. Hidup jadi cikgu ni setengah orang cakap senang sebab bila students balik, kau boleh balik. Tapi tidakkkkk. Bukan nak merungut. Tapi bila students balik, petang tu nak kena datang lagi untuk ko-k. Hari minggu kadang ada meeting atau kursus segala bagai. Balik rumah kang nak kena buat lesson plan untuk mengajar esok, kena sediakan bahan lagi.  Kalau cuti sekolah, akan ada kelas tambahan untuk budak SPM ngan PMR. Fizikal mental kena kuat sebab sekolah aku tu disiplin pelajar memang kureng sikit. Hehe. Kau kena garang baru budak takot. Kalau kau cakap sopan nanti budak menjerittt haa kang cikgu yang semput.


Nanti bila pensyarah nak datang observe lagi la emosi makin tak stabil. Takot nanti students buat hal depan pensyarah naya aku.

Aku kena mengajar Form 2 and Form 4. Mengajar tak fully English pon sebab budak tak paham. Baiklah budak, teacher kecek klate sahaja okay. Tapi aku speaking jugak tapi nanti kau dengar student kau sound "Eh teacher ni, ingat saya paham ke teacher cakap apa??!" Haaa kau mampu kena sound ngan student cenggitu? Sentap aku!



Ni Form 4 masa exam. Mula-mula sopan je and fokus, lepas beberapa minit terusss takleh duduk diam. Haha tensen mak! Sebab takleh jawab makanya jadi hura hara.


Ini Form 2. Bagus je sebab bila aku suruh buat kerja, so memasing diam and terus buat. Ye la kalau tak buat kang aku jeritttt terus sawan muka macam nak telan sorang-sorang. Haha sebab tu patuh je diaorang. Tapi yang laki belah kanan dok depan tu suka buat aku sentap. Dia kurang rajin so aku kena usaha lebih sikit untuk tarik minat dia.


Students aku. Keje dia dok menyinggah kat bilik kaunseling. Nak ponteng pon datang sini. Syabas anak-anak. Yang kena marah nanti cikgu-cikgu prac jugakkk. Tu Dayah. Tak tahu la motif dia nak cucuk memurid ngan rotan. Haha. Yang murid pulak kemain lagi muka bahagia. Eii tolong lah!


Yang ni bila takde masalah, suka cari masalah. Dah lembik takde tulang belakang ke apa. Ni sebab merajuk ngan aku sebab dia ponteng kelas.  Bila aku masuk kelas je, tengok takde geng-geng dia. Aku cari jumpa kat bilik music. Zaaappppp kena libas! Terus kena dera ngan aku. Berdiri 40 minit tangan letak kat telinga. Nasib masa tu 1 period je. Terus tak berani nak ponteng. Teacher buat camni sebab teacher sayang taw. Kalau teacher benci, teacher ignore je lantak kau la nak buat apa pon. 


Shidi ni ketua pengawas. 


Balik sekolah jommm! Tu student yang takde tulang blakang tadi. Haha. Suka cerita hal rumah tangga dia. Gf dia satu sekolah so hari-hari dia g jenguk gf dia dalam kelas. Kalau hari tu kau nampak dia elokkk je duduk dalam kelas maknanya gf dia tak datang sekolah la tu. Hahahha perangaiiii!


Kerja mereka adalah meronda kawasan sekolah. Ni lepak lagi dalam bilik kaunseling. Siap nak tumpang tidur. Sabar je lah cikgu!


Busy!


K.A.M.I



Thursday, October 4, 2012

Barang Yang Lepas Perlu Dikenang Part 1

Dulu kemain nak ada blog jugak tapi bila dah ada, aku lupakan blog ini seperti kacang yang suka sangat lupakan kulit dia.

Aku dah habis belajar and now jadi suri rumah sepenuh masa. Bila aku boring, aku macam teringin nak tulis blog so marilah kita tulis pasal practicum hari tuh. Aku lupa la bila aku start prac. Bulan February kot. Ntah. Dah amnesia ke kau ni sampai tak hengattt!

Aku berempat prac kat salah satu sekolah menengah area Kota Bharu. Aku, Dayah, Kak Ma (sahabat tak boleh dipisahkan!) and Fadzilmi.. Kak Ma and Dayah kaunselor, Mie cikgu matematik, aku pulak cikgu omputih. Bila dah sampai sekolah, gila cuak okay semua orang. Aku lagi la sebab nak kena mengajar.

Pastu bermula la episod jadi cikgu sekolah. Kena siap awal pagi sebab takot jem nenas jem stoberi segala nanti kang aku lambat sampai sekolah. Kena punch card okayy..

Bila jadi cikgu prac, kau bukan je kena jadi cikgu and mengajar, tapi kena join ko-k. Aku PK Ko bagi PBSM, rumah kuning and bowling maka kenalah join kalau ada pape aktiviti.


Ni masa hari guru. Red carpet kau! Siap ada students payungkan lagi.


Ni salah satu program yang sekolah buat. Qiamullail. So cikgu-cikgu practicum ni kena join sama, tido kat sekolah. Dah la sekolah punyai cerita mistik. Lagi nak suruh aku tido?!


Merentas desa. Masa ni hujan. Seronok budak-budak main hujan. Keja aku kena tulis nama pemenang pastu kena jadi emcee. Haaa tetiba kau!


Kena hantar budak-budak PBSM pergi berkhemah peringkat daerah ke ape ntah. Aku cikgu PBSM maka kena la pergi hantar. Tempat sangat la scary. Students aku khemah dia dekat dengan toilet. Malam tu diaorang cakap dengar air paip mengalir so diaorang masuk jamban g tutup. Sat g kau dengar lagi skali bunyi air paip tu pastu diaorang dah tak kose nak melayan sebab dah sah-sah benda lain yang main tutup bukak. 



Happy Talent's Day. Tu cikgu disiplin dok tengah sound itu kanak-kanak sebab bising ngalahkan pasar borong segala. Eiii bingit telinga.


   

Dah kata talent's day so memana students yang ada bakat tu kena la buat persembahan. Ini pasukan debat sekolah. Siap wakil negeri lagi tapi tadak rezeki nak jadi pemenang. Tu yang aku dok berdiri kat situ sebab budak ni suruh join bahas. Kertas yang aku pegang tu budak-budak tu dah tulis apa yang aku patot baca. Hahaha. Tak pernah aku join bahas tetiba amek kau lawan ngan students.


Dah la bagi tahu last minute pastu sibukkk je dok suruh aku hafal text. Uwaaa tak kose aku tapi layankan aje. Pastu siap ajar aku untuk buat gaya cenggitu cenggini. Baiklah anak murid. Guru ikot aje.


Bawak pulak bebudak g main bowling lepas sekolah. Tu budak form 3. Aku nampak cam kakak-kakak nak SPM je kan. Kahkah tak kelakar.


Hari Sabtu kena pegi skolah sebab ada kursus ape ntah.


Masa Pesko. Pengakap, PBSM, KRS semua ada. Lepas sekolah terus bergegas datang tempat ni. Tapi aku tak tido sini.Sejam kot dari sekolah. Ke sejam lebih. Lupa.  Tu students kesayangan. Sibukkkk je nak join sekali. Pastu sorok selipar aku. Iye. Terima kasih anak murid.


Balik sekolah terus pegi rumah sewa Dayah and bersiap untuk karnival Walk With Me. Yang berjalan ngan Tuanku Sultan Kelantan tu. Aku sah-sah la tak akan join. Haha tak cukup stamina so lepak ngan Dayah je. Ohh ada cikgu-cikgu lain jugak.


Bila orang dah start berjalan, kiterang g booth Al-Hijrah. Pastu terjumpa Ustaz Don. Masa ni takde orang sangat. Yang tu semua cikgu sekolah kecuali pakcik pakai cap sebelah Ustaz Don. Tak kenal pon tetiba pakcik tu join.


Kaunselor handle kem kat MGU Hotel. So aku pon join jugak tapi masa ni dah habes prac dah.


Besoknya kami  cecikgu ini g lunch Nasi Ulam Cikgu. Sudents diberi tugasan so senang lenang la kami.







Lepas tu balikkkkk, tidoooo. Panjang pulak cerita aku. Huhuhu..

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template