Friday, February 25, 2011

Main masak-masak

Eh ye ke main masak-masak? Bukanlah! Tapi betol-betol tawww.. Sebenarnye group saya untuk subjek Innovation, Creativity and Talent in Education punye keje la ni. Setiap group kena pilih subjek ape yang diaorang nak untuk ajar or present kepada kami so kami cam kena jadi students, diaorang kena jadi cekgu. Yaaa, sebegitu.. Jadi, apabila tiba giliran kami ye anak-anak, maka kami memilih untuk ajar subjek ERT Form 1 which is ajar students untuk buat breakfast yang paling simple mimple sahaja dan tidak mencederakan anggota badan anda.. Ok, kami merujuk kepada saya, Kak Mira, Dayah, Kak Ma, Kak Chik dan Zul. Ehh tetiba ade kumbang dalam kalangan bunga pulak dah.

Makaaa...




Baiklah duhai murid-murid, ini bahan-bahan yang diperlukan ye. Yang cili berbunga-bunga tu untuk hiasan semata-mata. Zul yang buat kreatif innovatif lah kau. Pergi tukar course sekarang jugak pegi jadi tukang masak sekarang!


Masa ni sesi memperkenalkan diri masing-masing. Silalah bajet semua orang tak kenal kau. Pas tu perasan ngan last minute punye apron. Haha!


Before nak main masak-masak, semua students kena stay dalam kumpulan diaorang. Ada 4 kumpulan so cepat oiiii pas tu tolong berlakon jadi Form 1 ok? Ok! 


Ni bahan-bahan yang setiap group akan dapat.


Tunjuk ajarku sifu! Tapi Kak Mira pembantu sifu. Encik Sifu tuuu yang badan sekerat tu. Tu yang tengah tu nampak gigih kan??!. Kihkih. 


Beratur ye anak-anak. Mentang-mentang la korang kena belakon jadi Form 1, semua nak cakap manja-manja. Mencii!


  Tengok Cikgu Zul buat macam mana. Nanti students kena ikut cam tu jugak.


Aloh! Dah lapar sangat la tu. 


Orite pas tu meh Ticer Hajar tunjukkan cara-cara nak buat salad buah yang sedap gils ehh perasan padahal salad buah je apehal nak bangga dengan diri sendirikk. Feduliiikkkk!!! (Tolong kaver ayaq liuq masing-masing. Kalau ada kawan kat sebelah boleh mintak tolong kawan lapkan.)


Bila dah siap, cam ni la hasilnya. Salad buah tu as a penchochi mulot sahaja. 


Hasil tangan 4 kumpulan pelajar yang berlakon jadi Form 1 itu tadi. Nasib tak kalahkan kiteorang. Huhuhu..


Sesi mari bergambar. Tak boleh blah betol bila tengok apron masing-masing. Saket hati mak! Yang tengah tu Puan Rai, lecturer kami. Markah lebih sket eh?? Boleh?? 


Muka teruja ke cam tuh?!



-The End-



Thanks to Azim sebab tangkap semua gambar eeeee suka gila and thanks to Tia jugak sebab tanpa camera mahal dan canggih beliau maka tiadalah gambar kami. Apabila tiada gambar kami, maka tiadalah bukti bahawasanya kami pandai buat sandwich dan salad buah. Ouhh dan ukir bunga kat cili lalu buang. Membazir tak tahu la sape punye keje tuh.



Monday, February 21, 2011

Melayan Kanak-kanak

Hari tu Maulud rumah aunty tapi gambar maulud takde sebab bila orang berselawat, saya pon berselawat sama so segan nak pegi tangkap gambar sat g tok imam cam eh budak ni over betol aku pang jugak nanti! Haa macam tu..

So bila dah selesai dengar sedikit tazkirah and berselawat and makan-makan, saya pon pegi la melayan sepupu-sepupu yang kecik. Kesian saya takde kawan so kena kawan dengan budak-budak yang suka buli saya. Menciii taw~


Nama budak kecik ni Adam. Kau kenapa nak buat muka tekejut + geli ngan akak ni hah??! Aiyooo..


Alololo kaannn!! GerrraaaammmMMM!!


Ni gamba candid ok bukan saya pura-pura blakon nak lap mulut Adam tapi dia muntah masa tuuu..


Macam mak cik kepada 3 orang anak!! Eeee..


Sumayyah, baru pas nanges. Tengok mulut comot tapi muka bahagia je pas tu selamba suro saya lap mulut dia. Mesra alam betol!


Yang paling kiri tu nama dia Wafa tapi saya panggil dia kakak, Sumayyah, Aisyah yang pegang Adam and Wardah.





Adam!


Ni Wardah yang tangkap gambar. Bila saya tengok saya cakap "Mana kepala Kak Ja???!! Kenapa adik ni!!! Eeeee..." Pas tu boleh dia bantai gelak guling-guling.


Ni baru ok. Tapi ok sikit jer. Hehe..



Solehah, kakak Sumayyah tapi pemalu sket. Kesian selalu kena bulis ngan adik dia. Ni saya pancing dia baru dia nak cakap ngan saya. Bila dah cakap, pot pet tak berhenti pulak dah.



Nak terbang ke mana nak oiii..



Seronok jugak layan budak-budak kan. Tapi rasa cam nak pengsan kalau diaorang dok terjerit-jerit kat telinga, dok gaduh-gaduh. Hadoiiii tak larat mak!



Wednesday, February 16, 2011

MasyaAllah sedih sangat hari ni.

Ya Allah, aku redha dengan segala ketentuanMu. Aku redha dengan segala ujian dan dugaan dariMu. Aku hambaMu yang lemah, yang tidak berani menerima segala ujian yang Kau beri. Maafkan hambaMu ini Ya Allah. Dugaan yang Kau beri, mengajar aku untuk lebih dekat padaMu, lebih menghambakan diri padaMu.

Aku insan yang lemah Ya Tuhan. Bantu aku melawan segala kesedihan. Berkati dan redhailah hidupku, hidup keluargaku..

Wednesday, February 9, 2011

Kak Chik kawen! Part I

3hb Februari 2011 hari tu kan, bermulalah perubahan hidup seorang Kak Chik. Seminggu sebelum Kak Chik kawen, semangat kami dok 'eeee kak chik lagi seminggu ee excited tak??'. Apehal orang lain nak kawen, orang lain pulak yang over. Bila tiba hari berkenaan kan kan kan, yang insan bernama sahabat ni pon semangat la nak pegi jugak time akad nikah. Sebab nak kaut segala pengalaman seksok nanti kau kawen haaaa senang!
Ni nak cite pasal akad dulu yer. Nanti makan-makan kenduri-kendara rumah Kak Chik kita tengok Part II pulak ye anak-anak tu pon kalau mak rajin nak sambung menyambung. Ehhh mesti la rajinnnn ape hal pulak nak malas kena la hengat azam tahun baru kau.


Ni pelamin ok kot kot ada yang tak kenal. Pagi-pagi sampai umah Kak Chik dah geram nak dok bertenggek atas tu tapi sebab ada barang so kau sabar je lah.

Before ke masjid untuk akad.

The sahabat-s. Tapi Kak Mira pulak takde. Rugi tau Kak Mira tak datang awal tengok cantek gils kiteorang. Eeee perasan!
Tang hidung tu. Mancung ok. Kau ada???!!

Anak sedare Kak Chik. Tak kira nak haplod jugak sebab saya nampak cam ehemm ibu mithali ehemm..  
Cantek sangat. Subhanaallah!

Bagi mas kawen ke hape ntah nama benda ni.


Boleh tak masa Abg Zul nak lafaz akad tu kan, kami yang benama kuncu-kuncu Kak Chik ni sebok nak rasa berdebar sama tak senonoh kan. 

Sooo,, urmm urrmm.. To Kak Chik and Abg Zul, Hajar tak reti nak bermadah pujangga berpuitis segala bagai tapi dapat essay ni dari mana ntah lupa. Essay kau kata??

*
*
*
*
*
*
*

Today you are joined in marriage, remember to always be understanding of your partner’s needs. Hold each other in the highest regard. Have a sense of humour as you meet life’s challenges. Honour one another when you are together or apart. Respect each other’s differences. Enjoy the good times, and endure the storms. Make your dreams come true, together. Most of all, love one another.

Semoga berbahagia hingga akhir hayat. InsyaAllah. Ameen.. BarakaAllah..

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template