Wednesday, December 22, 2010

First Step

Hari ni ke HKB untuk xray gigi. Sebelum pakai braces kenalah gi xray dulu kan. Gila takot ntah hape hape. Sebab dalam mind dok pikir nanti tiba-tiba benda tuh detect saya ada penyakit kronik. Huhuhu.. Konon-konon nak keluar rumah jam 9.00 am tapi disebabkan saya yang agak ngeri dengan menda alah xray tu dengan sengaja melengah-lengahkan waktu. So, keluar rumah jam 10.30 am. Sampai je HKB ramai betol manusia and mesti la nak kena berebut cari parking. Tapi tengah dok ronda-ronda terjumpa parking. Alhamdulillah.

Tempat nak xray masa saya pergi memang takde orang langsung. Nasib baik. Lepas tu masuk bilik then cakap kat kakak and abang yang handle xray tu bahawasanya saya takot dengan benda tuh. HAHAHA! Mereka gelak cis cis! Mulalah saya potpet sambil mereka tersengeh-sengeh. Korang memang cool, rasa nak g jumpa korang hari-hari. Heh! Bila dah settle, tunggu sekejap untuk ambil gambar yang xray tuh.

Then terus ke klinik Dr. Partap dan sekali lagi orang sangat ramai tapi nasib baik ada parking dekat dengan klinik. Lalu, jumpa doc and buat appointment untuk step yang seterusnya. *Scalling* (sila berpura-pura ngeri).

Sebelum semua kejadian di atas tadi berlaku, saya berdoa mintak pada Allah supaya dipermudahkan segalanya. Sebab memang tak senang duduk dok terbayang je doc cabut gigi. Dan Alhamdulillah Allah betul-betul tolong hamba Dia yang tak putus-putus meminta ni. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

Monday, December 13, 2010

Kesedaran....

Fathiah Athirah was so sweet just now. Syiok betol dia nasihat dan doakan saya. "Semoga lepah ni kakak tok keliru doh. Semoga bulih hok baek-baek. Saye kakak. Boleh buat kakak bahagia". Sweet gila! Thanks Tia. Even dia lagi muda dari saya, kadang-kadang dia sangat matang. Kadang-kadang? Ya! Haha..

Takde yang lebih best bila orang disekeliling kita mendoakan kesejahteraan hidup kita kan dan doakan kita dipertemukan jodoh dengan orang yang sempurna. Memang takde yang sempurna tapi orang yang nak hidup sampai akhir hayat dengan kita kenalah kita pilih yang betul-betul sempurna kan kan kan. Saya nak lelaki soleh so dia boleh la bimbing saya yang tak seberapa ni sob sob.

Saya yang sentiasa keliru dengan identiti (eh apehal nak kaitkan dengan identiti pulak!) ok keliru dengan sesuatu yang melibatkan hati dan perasaan, sentiasa mendapat nasihat dari Kak Ma, Kak Mira, Kak Dayah, Dayah, Zul Adha, Tia, and Kak Long.. Semua orang sekeliling dah jadi macam pakar motivasi pulak! Tapi nasihat diaorang cam lebih kepada lelaki dalam jiwa saya. (Tiba-tiba rasa blur cam tak tahu apa motif cerita ini semua.) Kak Long punya nasihat lagi best! Boleh rujuk beliau ye kalau sesape nak khidmat kaunseling percuma.

TAPI!! Saya akan sentiasa ingat pesan ummi. Ummi kata kalau nak cari lelaki untuk dijadikan bakal suami, carilah yang betol-betol sayangkan Allah. Sebab kalau dia tak sayangkan Allah, macam mana dia nak sayangkan kita kan. Ummi nak menantu dia soleh, pandai mengaji cecece siap taranum kot hahaha, dan ikut segala tuntutan agama.



p/s: Zue Hamid kata: 'Ja, jange kecek hal heartbroken dengan ore hok gagal dale percintaan sepertiku'. Hahaha. I love you.

Sunday, December 12, 2010

Holiday!!

No!! This is not a holiday. Memang la dah cuti tapi saya masih lagi tersadai di rumah. Heh. Memang bahagia. Tapi pedih ulu hati bila kawan-kawan lepak KL. Jeles tahu tak korang???!! Tapi even tersadai, since cuti memang tak lekat kat rumah lagi. Ade je tempat nak pergi meronda dengan emak.

Ouh, semalam ke rumah Kak Long. Ada 6 buah buku Harry Potter (orang panggil buku ke? ke kitab? ke novel Harry Potter? eh abaikan!) untuk saya khatam lagi sekali. Dan juga sebuku novel eh silap, sebuah novel dan juga sebuah buku petua!! Dah pandai nak guna kata ganda berirama or what so ever contoh "sebuah" buku, "sekuntum" bunga.. Abaikan apa yang saya melalut. Saya suka buku petua yang Kak Long bagi pinjam sebab teringin nak cuba semuaaaaa petua yang ada even saya rasa malas nak buat hahahaha! 

Nanti nak keluar dengan Kak Long untuk bawak budak-budak merangkap sepupu main bowling. Lepas tu meronda ngan Kak Long pergi jelajah Kelantan cari makanan best even Kak Long cakap dia tengah diet tapi who cares kan hahahaha gelak lagi.

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template