Wednesday, December 22, 2010

First Step

Hari ni ke HKB untuk xray gigi. Sebelum pakai braces kenalah gi xray dulu kan. Gila takot ntah hape hape. Sebab dalam mind dok pikir nanti tiba-tiba benda tuh detect saya ada penyakit kronik. Huhuhu.. Konon-konon nak keluar rumah jam 9.00 am tapi disebabkan saya yang agak ngeri dengan menda alah xray tu dengan sengaja melengah-lengahkan waktu. So, keluar rumah jam 10.30 am. Sampai je HKB ramai betol manusia and mesti la nak kena berebut cari parking. Tapi tengah dok ronda-ronda terjumpa parking. Alhamdulillah.

Tempat nak xray masa saya pergi memang takde orang langsung. Nasib baik. Lepas tu masuk bilik then cakap kat kakak and abang yang handle xray tu bahawasanya saya takot dengan benda tuh. HAHAHA! Mereka gelak cis cis! Mulalah saya potpet sambil mereka tersengeh-sengeh. Korang memang cool, rasa nak g jumpa korang hari-hari. Heh! Bila dah settle, tunggu sekejap untuk ambil gambar yang xray tuh.

Then terus ke klinik Dr. Partap dan sekali lagi orang sangat ramai tapi nasib baik ada parking dekat dengan klinik. Lalu, jumpa doc and buat appointment untuk step yang seterusnya. *Scalling* (sila berpura-pura ngeri).

Sebelum semua kejadian di atas tadi berlaku, saya berdoa mintak pada Allah supaya dipermudahkan segalanya. Sebab memang tak senang duduk dok terbayang je doc cabut gigi. Dan Alhamdulillah Allah betul-betul tolong hamba Dia yang tak putus-putus meminta ni. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.

0 budak hitam:

Post a Comment

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template