Friday, November 19, 2010

Eid ul-Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Seperti yang kita tahu, Aidil Adha adalah satu tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah swt. 

Sabda Rasulullah saw bermaksud:
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Raya saya tahun ni tak meriah sangat sebab sepupu-sepupu kesayangan tak balik aaa sampai hati korang!! Maka saya rasa diri ini terbengkalai keseorangan. Macam la ada 2 orang sepupu je.. Huh! Saya beraya kat rumah Kak Long yang tidak pulang ke kampung halaman. Kebetulan ada aqiqah anak saudara Kak Long sebab tu saya pergi. Eh macam tu pulak. 

Sepatutnya waktu sembelih lembu adalah di awal pagi tapi memandangkan lembu yang comel itu menjadi rakus maka disembelih ia ketika matahari memancar dalam lingkungan jam 10am. Boleh tak tetiba nak sembelih, encik lembu melarikan diri hadoiii kesian ada sorang pak cik tu kena tendang kat dada.



Tengok duri-duri kat pokok dragon fruit tu suka sangat cucuk-cucuk orang!


Pak cik!! Terima kasih sebab sponsor untuk Amal Ramadhan even duit lambat diterima.


Memerlukan tenaga manusia yang ramai untuk tumbangkan seekor lembu.


Siap duduk atas lembu lagi tak baik tauuuu pak cik!


Budak Amirul yang demam nak nangis je keje dia.


Golongan ibu kena potong bawang.


Saya sedang menyangkul di dalam kuali. *menyampah gila tengok gambar ni sebab baju sama yang saya pakai masa seminar pelajar & kerjaya tu nampak sangat macam takde baju* Hehh!!


Macam gadis melayu ok next year nak join Gadis Melayu.  Ahahaha!


Melapah lembu..


p/s: Entri ini khas untuk Kak Long and Salman yang beraya di perantauan. Lagi best baca bila disulami dengan lagu Dendang Perantau.

Friday, November 5, 2010

Kegeraman Saya

Hehehehe.. Saya ingin sekali malah berkali-kali juga ingin menyenaraikan kegeraman saya terhadap sesuatu. GERAM!! Kita akan geram bila ........

1.  Ada kawan atau orang sekeliling yang tipu saya. Saya anti penipu. Jangan kau sesekali tipu saya yang naif ini. Heh! Kau pikir kau akan bahagia bila menipu?

2.  Geram dengan lecturer. Hamboih kau mengada nak geram dengan orang yang bagi kau ilmu. Tapi geram bersebab la bukan sesaja cam eh hari ni rasa nak geram dengan lecturer lah. Bukan macam tu ok.

3.  Ada makhlok langgar side mirror kereta emak saya pastu side mirror dia patah then bila saya kejar dia lari. Saya pulak cam cuak ingatkan side mirror saya yang patah rupa-rupanya dia punya. Buat penat je saya kejar. Malu den!

4.  Line internet lembab gila gila bila kita ada kerja yang sangat penting nak buat. Masa tu la encik internet nak slow sehinggakan saya rasa bagai melukut di tepi gantang. Eh?!

5. Geram dengan diri saya bila ada assignment yang kena buat pas tu kena present lusa tapi saya boleh buat tak tahu dan menulis blog dan menyenaraikan kegeraman saya dan saya sangat serabut kusut sekarang. Haha. Saya rasa nak cekik cekik je Encik Assignment. Meh sini kau!

*Saya blur. Itu sahaja yang mampu saya senaraikan. Tengok ayat dah skema bagai. Now  rasa nak menelaah pelajaran eh bukan, nak pergi buat assingment KOT.*

Monday, November 1, 2010

Seminar Pelajar dan Kerjaya

Sabtu lepas, perlu ke bagi tahu date eh tak payah tak kuasa ok. Ok, Sabtu lepas pergi seminar yang ade Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (gila best eja nama cam berbelit terbelit pankreas) kat KTC. Bukan pergi sebab dia ada ok tapi pergi sebab sijil mahal gila. Haha!

Ramai yang pergi sumpah ramai tapi budak sekolah lah termasuk cikgu pengiring kebanyakkannya kaunselor. Bila dah sampai, first time masuk dewan, besar sangat. Semangat pergi depan sekali untuk cari tempat duduk sebab setiap kerusi dah disenaraikan nama sekolah. So, masa tu saya, Kak Mira and Dayah bajet kami dari unibersiti maka tempat akan special maka pergi depannnnn untuk cari tempat. Cari punya cari tak jumpa then tanya sorang kakak tu mana tempat untuk UNITAR?? Sekali kakak tu bawak pergi belakanggg sekali paham tak belakang sekali sumpah nanti tak nampak makhluk yang akan berdiri atas stage nanti.

Tak boleh la macam tu sebab kami bayar harga sama cam kaunselor and cikgu tapi tempat mereka depan sekali tapi kami punya dia campak belakang. Kau kenapa hah??! Students tak pe lah diaorang bayar murah sikit. So, tak puas hati la kan then Kak Mira protes cakap nak duduk depan. Nasib baik boleh maka dengan senang hati cat walk pergi ke hadapan. Muka sorang sorang cam bangga. Ceh!

Lepas tu masa lunch, sebab bayar mahal kan so makan sekali dengan VIP, pengetua and counselor. VIP salah seorang ialahhhh DDSMS. Gila gempak. Tapi tak tangkap gambar sebab kalangan kami cam sombong heh apehal nak ambik gambar ngan beliau tapi lepas tu menyesal gila tak dapat tido malam penyesalan membawa padah berhati-hati di jalan raya. Cam rugi la sebab orang lain cam kena rasuk nak bergambar tapi kami boleh buat muka poyo pulak. Padan muka kau!



Salah seorang penceramah.

Motif nak suruh nampak nama unibersiti.


Gumbira betol kanak-kanak sekolah.


Masa mula-mula sampai bajet nak test camera. Heh!


KACAK!! Hahaha.. (mari pengsan!)


Siap pergi dekat dengan budak yang tanya soalan.


Serbuuuu!!


Mereka.


Muka lapar kebulur tapi pura-pura sopan sebab makan sekali dengan pengetua.


Saya lupa nama dia.


Sebelah saya tu Dr. Christopher Hill.


Pulang ayuh!


All of us...



Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template