Saturday, October 6, 2012

Barang Yang Lepas Perlu Dikenang Part 2

Aku punyalah garang nak mampos kat sekolah hahaha nasib kau la duhai pelajar dapat teacher macam aku. Kalau tak garang kang kau buli aku. Sobs. Lebih baik aku jadi rimau awal-awal. Hidup jadi cikgu ni setengah orang cakap senang sebab bila students balik, kau boleh balik. Tapi tidakkkkk. Bukan nak merungut. Tapi bila students balik, petang tu nak kena datang lagi untuk ko-k. Hari minggu kadang ada meeting atau kursus segala bagai. Balik rumah kang nak kena buat lesson plan untuk mengajar esok, kena sediakan bahan lagi.  Kalau cuti sekolah, akan ada kelas tambahan untuk budak SPM ngan PMR. Fizikal mental kena kuat sebab sekolah aku tu disiplin pelajar memang kureng sikit. Hehe. Kau kena garang baru budak takot. Kalau kau cakap sopan nanti budak menjerittt haa kang cikgu yang semput.


Nanti bila pensyarah nak datang observe lagi la emosi makin tak stabil. Takot nanti students buat hal depan pensyarah naya aku.

Aku kena mengajar Form 2 and Form 4. Mengajar tak fully English pon sebab budak tak paham. Baiklah budak, teacher kecek klate sahaja okay. Tapi aku speaking jugak tapi nanti kau dengar student kau sound "Eh teacher ni, ingat saya paham ke teacher cakap apa??!" Haaa kau mampu kena sound ngan student cenggitu? Sentap aku!



Ni Form 4 masa exam. Mula-mula sopan je and fokus, lepas beberapa minit terusss takleh duduk diam. Haha tensen mak! Sebab takleh jawab makanya jadi hura hara.


Ini Form 2. Bagus je sebab bila aku suruh buat kerja, so memasing diam and terus buat. Ye la kalau tak buat kang aku jeritttt terus sawan muka macam nak telan sorang-sorang. Haha sebab tu patuh je diaorang. Tapi yang laki belah kanan dok depan tu suka buat aku sentap. Dia kurang rajin so aku kena usaha lebih sikit untuk tarik minat dia.


Students aku. Keje dia dok menyinggah kat bilik kaunseling. Nak ponteng pon datang sini. Syabas anak-anak. Yang kena marah nanti cikgu-cikgu prac jugakkk. Tu Dayah. Tak tahu la motif dia nak cucuk memurid ngan rotan. Haha. Yang murid pulak kemain lagi muka bahagia. Eii tolong lah!


Yang ni bila takde masalah, suka cari masalah. Dah lembik takde tulang belakang ke apa. Ni sebab merajuk ngan aku sebab dia ponteng kelas.  Bila aku masuk kelas je, tengok takde geng-geng dia. Aku cari jumpa kat bilik music. Zaaappppp kena libas! Terus kena dera ngan aku. Berdiri 40 minit tangan letak kat telinga. Nasib masa tu 1 period je. Terus tak berani nak ponteng. Teacher buat camni sebab teacher sayang taw. Kalau teacher benci, teacher ignore je lantak kau la nak buat apa pon. 


Shidi ni ketua pengawas. 


Balik sekolah jommm! Tu student yang takde tulang blakang tadi. Haha. Suka cerita hal rumah tangga dia. Gf dia satu sekolah so hari-hari dia g jenguk gf dia dalam kelas. Kalau hari tu kau nampak dia elokkk je duduk dalam kelas maknanya gf dia tak datang sekolah la tu. Hahahha perangaiiii!


Kerja mereka adalah meronda kawasan sekolah. Ni lepak lagi dalam bilik kaunseling. Siap nak tumpang tidur. Sabar je lah cikgu!


Busy!


K.A.M.I



0 budak hitam:

Post a Comment

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template