Thursday, October 4, 2012

Barang Yang Lepas Perlu Dikenang Part 1

Dulu kemain nak ada blog jugak tapi bila dah ada, aku lupakan blog ini seperti kacang yang suka sangat lupakan kulit dia.

Aku dah habis belajar and now jadi suri rumah sepenuh masa. Bila aku boring, aku macam teringin nak tulis blog so marilah kita tulis pasal practicum hari tuh. Aku lupa la bila aku start prac. Bulan February kot. Ntah. Dah amnesia ke kau ni sampai tak hengattt!

Aku berempat prac kat salah satu sekolah menengah area Kota Bharu. Aku, Dayah, Kak Ma (sahabat tak boleh dipisahkan!) and Fadzilmi.. Kak Ma and Dayah kaunselor, Mie cikgu matematik, aku pulak cikgu omputih. Bila dah sampai sekolah, gila cuak okay semua orang. Aku lagi la sebab nak kena mengajar.

Pastu bermula la episod jadi cikgu sekolah. Kena siap awal pagi sebab takot jem nenas jem stoberi segala nanti kang aku lambat sampai sekolah. Kena punch card okayy..

Bila jadi cikgu prac, kau bukan je kena jadi cikgu and mengajar, tapi kena join ko-k. Aku PK Ko bagi PBSM, rumah kuning and bowling maka kenalah join kalau ada pape aktiviti.


Ni masa hari guru. Red carpet kau! Siap ada students payungkan lagi.


Ni salah satu program yang sekolah buat. Qiamullail. So cikgu-cikgu practicum ni kena join sama, tido kat sekolah. Dah la sekolah punyai cerita mistik. Lagi nak suruh aku tido?!


Merentas desa. Masa ni hujan. Seronok budak-budak main hujan. Keja aku kena tulis nama pemenang pastu kena jadi emcee. Haaa tetiba kau!


Kena hantar budak-budak PBSM pergi berkhemah peringkat daerah ke ape ntah. Aku cikgu PBSM maka kena la pergi hantar. Tempat sangat la scary. Students aku khemah dia dekat dengan toilet. Malam tu diaorang cakap dengar air paip mengalir so diaorang masuk jamban g tutup. Sat g kau dengar lagi skali bunyi air paip tu pastu diaorang dah tak kose nak melayan sebab dah sah-sah benda lain yang main tutup bukak. 



Happy Talent's Day. Tu cikgu disiplin dok tengah sound itu kanak-kanak sebab bising ngalahkan pasar borong segala. Eiii bingit telinga.


   

Dah kata talent's day so memana students yang ada bakat tu kena la buat persembahan. Ini pasukan debat sekolah. Siap wakil negeri lagi tapi tadak rezeki nak jadi pemenang. Tu yang aku dok berdiri kat situ sebab budak ni suruh join bahas. Kertas yang aku pegang tu budak-budak tu dah tulis apa yang aku patot baca. Hahaha. Tak pernah aku join bahas tetiba amek kau lawan ngan students.


Dah la bagi tahu last minute pastu sibukkk je dok suruh aku hafal text. Uwaaa tak kose aku tapi layankan aje. Pastu siap ajar aku untuk buat gaya cenggitu cenggini. Baiklah anak murid. Guru ikot aje.


Bawak pulak bebudak g main bowling lepas sekolah. Tu budak form 3. Aku nampak cam kakak-kakak nak SPM je kan. Kahkah tak kelakar.


Hari Sabtu kena pegi skolah sebab ada kursus ape ntah.


Masa Pesko. Pengakap, PBSM, KRS semua ada. Lepas sekolah terus bergegas datang tempat ni. Tapi aku tak tido sini.Sejam kot dari sekolah. Ke sejam lebih. Lupa.  Tu students kesayangan. Sibukkkk je nak join sekali. Pastu sorok selipar aku. Iye. Terima kasih anak murid.


Balik sekolah terus pegi rumah sewa Dayah and bersiap untuk karnival Walk With Me. Yang berjalan ngan Tuanku Sultan Kelantan tu. Aku sah-sah la tak akan join. Haha tak cukup stamina so lepak ngan Dayah je. Ohh ada cikgu-cikgu lain jugak.


Bila orang dah start berjalan, kiterang g booth Al-Hijrah. Pastu terjumpa Ustaz Don. Masa ni takde orang sangat. Yang tu semua cikgu sekolah kecuali pakcik pakai cap sebelah Ustaz Don. Tak kenal pon tetiba pakcik tu join.


Kaunselor handle kem kat MGU Hotel. So aku pon join jugak tapi masa ni dah habes prac dah.


Besoknya kami  cecikgu ini g lunch Nasi Ulam Cikgu. Sudents diberi tugasan so senang lenang la kami.







Lepas tu balikkkkk, tidoooo. Panjang pulak cerita aku. Huhuhu..

0 budak hitam:

Post a Comment

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template