Sunday, August 21, 2011

KELCHEFF 2011

KELCHEFF yang merujuk kepada Kelantan Cheng Ho International Food Festival (hamboihh panjangnye nama awak!) berlangsung pada 14 Julai - 23 Julai 2011 iaitu beberapa bulan yang lalu. Baru  makcik kau teringat nak hapdet.

KELCHEFF ni dah nama pon food festival makanya nampak sangat la festival ini berkaitan dengan makanan kaaannn. Ada banyak jenis makanan dan minuman dari negara China, Thailand, Kemboja, Palestine pas tu ntah ada lagi kot beberapa negara. Tak ingat! Ada jugak dari Pulau Pinang. Maknanya bukan makanan dari luar negara je.

Saya pulak semangat wujud dalam KELCHEFF itu sebagai seorang volunteer under Green-V atau Pertubuhan Sukarelawan Hijau Kelantan yang berpengkalan di bawah kerajaan negeri Kelantan. Eh ye ke? Ntah. Tak Sure. Hihihi. Dan seharusnya saya tidak akan wujud berseorangan sebab haruslah disertai dengan sahabat-sahabat tersayang. Sah-sahlah Kak Ma dan Dayah. Kalau sorang, tidak mungkin wujud Hajar di situ. Tia, Pah and Afwa pon wujud. Tia ngan Afwa mestilah wujud. Orang penting okayy. Segan mak cik!

Seramai 400 orang volunteers diperlukan sepanjang festival tu berlangsung. 400 ke 350 tu tak sure la pulak sebab tak kuasa nak bilang sorang-sorang. Okayy alasan! Padahal kau malas nak ambik tahu. Setiap volunteer akan dibahagikan mengikut portfolio masing-masing. Ada Charlie Charlie (Chief Coordinator, itu portfolio saya dan sahabat-sahabat tercinta. Orang kata air dicincang tidak akan putus.), Papa Romeo (Public Relation, Papa Tango (Penyambut Tetamu), Charlie Tango (Chinese Translator), Kilo Kilo (Keselamatan dan Kesihatan kot. Maafkan mak cik jika kesalahan berlaku), Papa Lima ( okay ini saya tak tahu papa lima merujuk kepada apakah). Apa lagi ehh? Banyak sangat kot. Ouh lagi satu, E1 (penjana ekonomi masyarakat Green-V eh bukan. Dia orang akan tolong untuk menjana pendapatan menampung segala perbelanjaan. Perbelanjaan apa saya tidak pasti.)




Hakka yes! Semangat la uncle. Seronok.



Ikrar. Bahawasanya kami sukarelawan bla bla bla.



Ini pengkalan kami sebelum musnah ditelan banjir. Seronok bila banjir dalam gile sampai buku lali. Hek eleh buku lali je pon. Ni tempat volunteers check in dan check out. 


Briefing dari ketua portfolio. Ketua mestilah yang besau ditengah-tengah itu. Hahaha. Terkutuk pulak dah! Takpe, dia tak tahu menahu pon.


Ini kerja Papa Tango.



Makcik takde kerja dok bergosip. Nyampah!


Tengah duduk-duduk tetiba muncul makanan free. Dah dapat satu, mintak lagi. Eii tak malu!


Gedik nak masuk telebisen. 




Kilo-Kilo



Ini kerja E1. Jual air cari rezeki penjana ekonomi ummah masyarakat.


Ramainya orangggggg!!

p/s: Sumber gambar saya rompak dari Pah dan Tia selaku unit media. *belum mintak izin lagi nih. sob.* Terima kasih daun ketupat di hari raya. Lain kali saya rompak lagi. Hehe.



0 budak hitam:

Post a Comment

Hajar Ahmad Copyright © 2009
Scrapbook Mania theme designed by Simply WP and Free Bingo
Converted by Blogger Template Template